20 February 2011

P-E-R-S-A-H-A-B-A-T-A-N



Dalam dunia ini kita tidak ada sesiapa2…..
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita sendiri2, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang faham tentang kita.
Macam Mana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia ni.
Tetapi kita kan mesti selalu terlupa pasal tu. Cuma mengambil kira pasal harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
( Dlm hati janji tarang bulan btul.... )
Kita tidak bagi dia peluang pun untuk menerangkan keadaan yg sebenar ni.
Bagi kita, itulah alasannya untuk menutup kesalahannya dan juga untuk mempertahankan dirinya.
tapi kan kita pun pernah juga bah kasih biar dia Ttggu2..Sebab kita pun ada  juga janji yang tidak ditepati.
Kita bagilah beribu alasan kadang2 smpai memaksa dia terima alasan kita ni. Waktu itu, tepikir kah juga kita perasaannya..? Sama macam kita, dia juga pandai rasa kecewa.. tetapi kita selalu lupa...WAH Untungnya sebab kita ada seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu ada di sisi kita pada waktu kita memerlukannya. Dialah mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.ndak kira penat kah apa2 jak lah bah..
Harapan sama impian kita juga yang kita selalu luahkan sama dia. Dia membagi idea lagi sebagai penyelesaian masalah kita. Selalunya kita selalu cerita pasal diri kita sampai kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita nie yang mahu dikongsi sama2 kita. Maklum lah sharing is caring...kan kan
Pernahkah kita lagi membagi dia peluang untuk kasih cerita pasal rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita kasih tenang dia mcm mana dia pernah kasih sabar kita..? Ikhlaskah kita kunun mendengar pasal kejayaan dan berita gembiranya? Dapatkah kita lagi menjadi sumber kekuatannya macam mana dia membagi semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? ( Main Dota ) haha Leaver...Dapatkah kita lagi yakinkan dia yg kita boleh dipercaya ni, kita masih lagi boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, supaya tidak rebah? dapatkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?


So kadang2 jadilah kawan yg mendengar dari yang bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hatinya dan perasaannya.
sebab dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut ni, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatannya…..
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita melihat dia ketawa, tapi kali sebenarnya dia tidak setabah yang kita tahu ni.Di sebalik senyumannya kali banyak cerita sedih yang dia mau luahkan…..
Di sebalik kesenangannya kali tersimpan seribu kekalutan ( KL = kalut Lebih )…..Kita mana tahu.


Tapi…..kalo kita cuba jadi sahabat macam dia, mungkin kita tahu…..


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hehehe macam best jak tu..apa yang penting bersahabat dengan jujur dan ikhlas..tak buli sekadar sahabat..tetapi ingat lah dalam persahabatan itu banyak yg indah dari yang bida hahaha...indah itu timbul sekiranya kita mengenali sahabat kita lebih dari yang sepatutnya kita tahu akan dirinya..hehehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete